REFLEKSI DIRI : MINGGU PERTAMAAssalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pada minggu pertama, kami para pelajar tahun pertama dari fakulti pendidikan telah diberi taklimat secara terperinci oleh Dr. Fariza berkenaan kursus GE1155(Komputer Dalam Pendidikan). Kami diberi arahan untuk menulis nama untuk kumpulan tutorial dan pastikan jadual tidaklah bercanggah. Saya memilih untuk memasuki kelas di bawah bimbingan Cik Mazalah yang diadakan pada setiap hari khamis jam 2-5 petang. Pada mulanya, terdapat beberapa persoalan yang timbul, di mana ? kenapa ? bagaimana ? namun persoalan itu bertukar menjadi satu keseronokan. saya rasa tidak sabar untuk masuk ke kelas tutorial pada minggu hadapan. Sekian, terima kasih.
|
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-2Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalang dengan lancar. Pada minggu ini bermulalah kelas tutorial yang saya tunggu-tunggu. Saya dan beberapa orang rakan tetap setia mencari lokasi makmal 4. Kedudukannya yang agak terselindung membuatkan kami keliru, pada minggu ini kami dikehendaki menaip nama, nombor matrik, nombor telefon dan alamat gmail. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai alamat gmail hendaklah dibuat segera untuk mengelakkan berlakunya ketidakseragaman apabila menerima tugasan lain kelak. selepas itu, Cik Mazalah meminta kami untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pengetahuan kami menggunakan komputer beserta aplikasinya. Selesai sahaja menjawab soalan, kami teruskan dengan aktiviti menghantar emel kepada rakan-rakan sekelas dengan tajuk 'salam perkenalan'. Kami berasa begitu teruja sekali kerana sesetengah daripada kami tidak pernah tahu cara sebenar menggunakan gmail. Happy ? sudah semestinya ! Kami akhiri kelas pada petang tersebut dengan menghantar maklumat diri kepada Cik Mazalah. Sekian, terima kasih.
|
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-3Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Kelas pada minggu ini tidak dapat diadakan kerana seluruh umat Islam akan menyambut kedatanganHari Raya Haji. Cik Mazalah hanya mengingatkan kami agar melihat tugasan yang telah disediakan. Kami di beri 2 pilihan sama asa mahu meneruskan tugasan ataupun buat tugasan tersebut pada minggu hadapan. Saya dan ahli kumpulan yang lain mengambil kesempatan untuk membaca arahan yang diberikan. Saya berasa begitu teruja kerana esok kebanyakan daripada para pelajar akan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan yang hanya disambut setahun sekali. Itu saja yang dapat saya kongsikan pada minngu ini. Sekian, terima kasih.
|
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-4
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Disebabkan kelas pada minggu lepas tidak diadakan, maka pada minggu ini kami haruslah melakukan pelbagai tugasan pada hari yang sama. Pada hari ini kami diperkenalkan dengan satu perkataan yang baru iaitu WEEBLY ? Ini merupakan kali pertama saya mendengar perkataan tersebut. Setelah diberi taklimat barulah kami faham apa itu weebly atau penerangan mudahnya ialah laman web yang mirip sekali dengan blog. Di situ, kami boleh menulis apa yang kami suka ataupun boleh dijadikan salah satu landasan untuk menghantar segala tugasan yang diberikan setiap minggu. Kami diminta untuk mewujudkan sekurang-kurangnya tiga 'pages' iaitu biodata, refleksi diri dan tugasan. Kerja menjadi lebih mudah apabila terdapatnya para pensyarah dan kawan-kawan yang begitu membantu sepanjang saya mempelajari cara-cara untuk membina weebly. Kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan ini. Sebelum itu kami haruslah menyiapkan laporan berkaitan dengan tajuk 'komputer sebagai alat, pengajar dan pelajar'. Kami diminta untuk melakukannya dalam kumpulan bertiga menggunakan google drive. Mulanya saya berasa begitu kekok kerana jarang menggunakan aplikasi tersebut. Lama-kelamaan perasaan itu bertukar menjadi seronok apabila sudah mula faham. Maka, bermulalah minggu yang penuh dengan tugasan. Ini kali pertama saya dapatkan merasakan perasaan sebagai seorang pelajar universiti. Setiap perkara yang berlaku telah ditentukan oleh Allah SWT, kita sebagai hamba mestilah redha dengan ketentuanNYA. Sekian, terima kasih.
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-5
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan untuk mencari sumber rujukan berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan. Cik Mazalah memanggil setiap ketua kumpulan untuk mencabut undi. Semua pelajar kelihatan tertunggu-tunggu apa yang perlu dilakukan sehingga kami dipanggil untuk mencabut undi. Rupa-rupanya undian itu hanyalah untuk menentukan tajuk tugasan 3. Kumpulan kami mendapat tajuk 'Kemahiran Berfikir dalam ICT' (Thinking Skills in ICT). Kami telah diberikan beberapa soalan untuk menguji tahap kemahiran kami semasa menjalankan tugasan ini antaranya adalah :
Bagaimana anda dan rakan kumpulan membuat analisis untuk mentafsirkan kehendak tugasan?
Bagi membuat analisis dan mentafsir kehendak tugasan saya telah memberikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Setiap daripada kami hendaklah mencari seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk. Masa yang telah diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini adalah seminggu bermula dari tarikh yang diberikan.
Bagaimana anda dan rakan kumpulan merangka pelan tindakan (aktiviti) pelaksanaan tugasan?
Saya dan rakan yang lain bersetuju untuk melakukan tugasan ini menggunakan google drive disebabkan kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi lebih mudah. Kami juga menggunakan google scholar sebagai gedung maklumat yang utama. Di situ terdapat ratusan jurnal dalam dan luar negara yang berkaitan tajuk yang telah diberikan.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan dan ceritakan bagaimana anda dan rakan dalam kumpulan
menyelesaikan masalah tersebut?
Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi dalam melaksanakan tugasan ini antaranya adalah kesuntukan masa untuk melakukan perbincangan. Oleh disebabkan kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami tidak tinggal di kolej yang sama telah menyukarkan kami untuk mengadakan sebarang perbincangan. Jadi bagi mengelakkan masalah ini kami telah menubuhkan group whatsapp sendiri. Di situ, segala bentuk persoalan dan pertanyaan boleh dikemukakan. Kami juga telah membina group di dalam google drive. Penggunaan google drive benar-benar membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan, segala maklumat yang kami ada akan disimpan secara automatik jadi kami tidak perlu risau akan masalah kehilangan maklumat lagi. Selain itu, kami juga menghadapi masalah dalam memberikan pendapat. Setiap daripada kami mempunyai idea yang tersendiri. Namun, kami akan melakukan perbincangan sebelum membuat kata putus.
Apakah perasaan anda sebelum, semasa dan selepas menyelesaikan tugasan?
Saya berasa begitu teruja sebelum menyelesaikan tugasan ini. Ini merupakan kali pertama saya dapat mengenalpasti setiap laman web yang perlu digunakan semasa menyiapkan tugasan ini. Namun, semasa menyiapkannya saya seringkali berasa letih kerana terlalu banyak jurnal yang perlu dibaca. Tidak semua jurnal yang dibaca mempunyai maklumat yang kami kehendaki. Saya juga akan berasa kecewa sekiranya ahli kumpulan yang lain memberi alasan yang mereka tidak sempat untuk mencari jurnal sedangkan setiap orang telah diberikan tugasan yang sama. Bergantung kepada mereka untuk menguruskan masa sendiri. Selepas menyelesaikan tugasan saya begitu berharap bahawa hasilnya adalah begitu memberangsangkan. Setiap kerja yang disiapkan mestilah mempunyai mutu yang tinggi serta berkualiti.
Adakah anda dan rakan kumpulan berpuas hati dengan hasil tugasan anda? Adakah kumpulan anda telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya? Berapa peratus tahap keyakinan bahawa kumpulan anda telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Saya dan rakan-rakan berpuas hati dengan tugasan yang telah disiapkan. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai halangan tetapi tugasan yang diberikan kami telah dapat melakukannya denga jayanya. Saya yakin 100% dengan tugasan yang telah kami lakukan kerana setiap daripada kami telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Sambil itu, Cik Mazalah akan memanggil nama setiap pelajar untuk menunjukkan hasil weebly mereka untuk dipertontonkan kepada setiap ahli yang berada di dalam kelas. Kebanyakan dari kami masih lagi dalam proses mencantikkan dan menyusun atur blog. Saya juga masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memahirkan diri menggunakan weebly. Mungkin satu hari nanti kami semua dapat menunjukkan hasilnya dengan begitu yakin setelah penat bertungkus lumus selama beberapa minggu untuk menyiapkannya. Kelas tamat pada pukul 4.50ptg. Kami pulang dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk meneruskan lagi kerja-kerja yang telah diberikan. Hari-hari yang berlalu merupakan cabaran yang hebat kepada sesiapa yang memahaminya. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-6
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk mencari maklumat mengenai CASPER. Apa yang terlintas di fikiran saya pada mulanya hanyalah mengenai sebuah cerita kartun bergenre hantu yang bernama casper. Namun, ternyata apa yang saya fikirkan adalah salah sama sekali. Saya hanya tersenyum sendiri di hadapan komputer. Kami telah diberikan beberapa soalan untuk menguji tahap kemahiran kami semasa menjalankan tugasan ini antaranya adalah :
Bagaimana anda dan rakan kumpulan membuat analisis untuk mentafsirkan kehendak tugasan?
Setiap dari kami tidak mempunyai maklumat mengenai CASPER. Kami telah membuka begitu banyak laman web untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan tugasan pada kali ini. Kami juga bertanya kepada Cik Mazalah tentang maksud soalan yang telah diberikan. Rupa-rupanya kami dikehendaki untuk memahami konsep CASPER dan membina bahan persembahan.
Bagaimana anda dan rakan kumpulan merangka pelan tindakan (aktiviti) pelaksanaan tugasan?
Sebelum melakukan sebarang tindakan kami terlebih dahulu mengambil inisiatif untuk mengetahui dengan lebih lanjut dengan apa yang dikatakan sebagai CASPER. Serba ringkas mengenai CASPER ialah, ianya merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Casper merupakan gabungan huruf C.A.S.P.E.R yang membentuk sebuah perkataan yang membawa maksud tersendiri. Maksud disebalik perkataan itu adalah :
C : Contrast ( perbezaan yang ketara)
A: Alignment ( susunan lurus)
S : Simplicity (mudah)
P : Proximity (berhampiran)
E : Emphasis (penekanan)
R : Repetition (pengulangan)
Selepas itu, kami terus menyiapkan tugasan dengan membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu apa itu kemahiran berfikir dalam ICT yang akan disiapkan oleh Ashikin, kebaikan dan keburukan pula akan diberikan kepada Hamimi manakala bagi tugasan cabaran, halangan dan cadangan akan disiapkan oleh saya sendiri.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan dan ceritakan bagaimana anda dan rakan dalam kumpulan
menyelesaikan masalah tersebut?
Masalah utama yang kami hadapi semasa melaksanakan kerja ini adalah kurangnya komitmen antara sesama ahli. Setiap daripada kami mempunyai alasan yang tersendiri apabila diminta untuk menghadirkan diri semasa menyiapkan slide show. Jadi kami telah berbincang dan mengambil inisiatif bahawa setiap daripada kami hanya perlu menyiapkan slide show masing-masing. Setelah siap kami dikehendaki untuk meletakkannya di google drive. Cara ini benar-benar berkesan kerana ianya telah memudahkan kerja setiap ahli kumpulan. Jadi, sudah tiada lagi masalah tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya.
Apakah perasaan anda sebelum, semasa dan selepas menyelesaikan tugasan?
Perasaan saya sebelum menyiapkan tugasan ini adalah tidak tahu apa-apa kerana ini merupakan kali pertama saya mengetahui apa yang dikatakan dengan CASPER. Sebelum ini CASPER hanyalah watak kartun yang selalu saya tonton ketika kecil. Tidak sangka pula ada perkara lain yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. Perasaan saya semasa menyiapkan slide adalah begitu seronok dan gembira kerana saya memang suka membuat slide sejak dari sekolah rendah lagi. Di situ saya dapat mencurahkan segala idea dan kemahiran dalam mempersembahkannya kepada orang ramai. Saya juga amat berterima kasih kepada setiap ahli kumpulan yang telah memberikan komitmen yang begitu tinggi walaupun diberikan masa yang singkat untuk menyiapkan slide masing-masing. Saya berharap agar slide yang telah kami siapkan ini menjadi salah satu kemudahan kepada kawan-kawan yang lain untuk dijadikan sebagai rujukan.
Adakah anda dan rakan kumpulan berpuas hati dengan hasil tugasan anda? Adakah kumpulan anda telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya? Berapa peratus tahap keyakinan bahawa kumpulan anda telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Saya dan ahli kumpulan begitu berpuas hati dengan hasil kerja kami. Tugasan yang diberikan telah dibuat dengan jayanya hasil daripada semangat antara sesama ahli kumpulan yang tidak putus-putus. Saya juga yakin 200% dengan slide show yang kami akan persembahkan nanti di dalam kelas.
Selepas diberi penjelasan mengenai casper Cik Mazalah memberi arahan supaya kami melakukan sebuah persembahan slide show dengan mengaplikasikan kaedah casper. Tajuk persembahan kami berdasarkan undian pada minggu lepas. Persembahan slide show akan dimulakan pada minggu ke-8. Hanya satu persembahan slide show sahaja pada setiap minggu. Markah akan diadili sendiri oleh Cik Mazalah dan beberapa orang rakan sekelas. Oleh disebabkan kerana tajuk kumpulan saya merupakan yang terakhir maka kami akan mempersembahkan slide show kami pada minggu ke-12. Kami hanya diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan kerja ini. Apa yang penting adalah kerjasama antara ahli kumpulan. Segala apa maklumat hendaklah dikongsikan bersama-sama ahli kumpulan kerana hasil yang akan dipersembahkan bergantung kepada kefahaman ahli sesuatu kumpulan itu sendiri. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-7
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, sungguh cepat masa berlalu. Sudah 1 bulan lebih saya mengikuti program Pendidikan Khas di UKM. Tugasan kami pada minggu ini ialah membina satu penyelidikan berdasarkan tajuk yang telah diberikan pada Tugasan 3 yang lepas iaitu Kemahiran Berfikir dalam ICT. Penyelidikan boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang tersusun dan terancang yang akan menghasilkan sebuah laporan di akhirnya nanti. Penyelidikan juga boleh dijalankan dalam 2 aspek iaitu dalam bentuk kualitatif (temu bual,pemerhatian) dan kuantitatif (soal selidik). Bagi tugasan pada kali ini, aspek yang paling sesuai untuk kami gunakan adalah berbentuk kuantitatif. Saya dan ahli kumpulan perlu menyiapkan penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan dan kaedah dalam tempoh 40 minit. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Mazalah yang begitu banyak membantu dalam proses menyiapkan cadangan penyelidikan ini. Setiap kumpulan akan dipanggil ke hadapan untuk mempersembahkan apa yang telah dilakukan kepada Cik Mazalah. Ini merupakan pengalaman yang berharga kepada kami semua, memandangkan ini adalah pengalaman pertama menghasilkan penyelidikan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kami haruslah menyiapkan tugasan ini secepat yang mungkin supaya kerja tidak bertangguh. Itu sahaja daripada saya pada minggu ini. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Sekian, terima kasih.
|
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-8
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-9
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dapat lagi kita bertemu pada kali ini. Kelas pada hari ini dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan 2 yang bertajuk WEB 2.0 . Kumplan ini terdiri daripada 3 orang ahli dan kesemuanya adalah perempuan. Apa yang dapat saya fahami melalui pembentangan mereka ialah perbezaan antara WEB 1.0 dan WEB 2.0 . Pengguna yang masih lagi menggunakannya tidak boleh menulis sebarang komen manakala yang sebaliknya bagi para pengguna WEB 2.0 . Contoh WEB 2.0 adalah YOUTUBE, FACEBOOK dan TWITTER. Selepas hampir setengah jam kelas diteruskan pula dengan melihat hasil kutipan laporan kajian kami. Namun, aktiviti ini tidak dapat diteruskan kerana kami tidak mempunyai responden yang cukup. Kami diarahkan untuk menghantar mesej di FORUM bagi menambahkan lagi jumlah responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan sendiri. Selepas itu, Cik Mazaah mengajar kami cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel.
Tujuan utama kami mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel adalah untuk memudahkn proses memasukkan data-data yang diperolehi kelak. Pada mulanya, saya kelihatan terpinga-pinga, maklumlah ini merupakan kali pertama saya menggunakannya bagi tujuan pelajaran. Saya menggunakan segala ruang yang ada untuk menanyakan apa jua soaln mengenai Microsoft Excel. Kami diajar satu-persatu memandangkan masih amatur. Pelbagai persoalan yang timbul daripada mulut kami. Namun, Cik Mazalah tetap tersenyum menjawab setiap soalan yang diajukan. Kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan pada minggu ini ialah kami dikehendaki untuk memasukkan maklumat pelajar menggunakan GOOGLE SHEET. Kami hanya mampu tersenyum sendiri apabila memikirkan tugasan yang telah diberikan. Apa-apapun segala tugasan yang diberikan merupakan ilmu yang baru bagi kami. Bersyukurlah apa yang telah diberikan kepada kita. itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada minggu ini. In Shaa Allah bertemu lagi kita dilain masa. Sekian, terima kasih. |
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE-10
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini tidak ada kelas kerana kami diberi cuti midsem selama seminggu. Masa yang ada saya gunakan untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Selamat bercuti kepada semua. Sekian, terima kasih
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE -11
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat lagi saya menyambung penulisan saya pada minggu ini. Kelas pada minggu ini dimulakan dengan pembentangan daripada Kumpulan 3 yang diwakili oleh Farizan dan Jiran. Mereka diberi tanggungjawab untuk membentangkan tajuk mengenai E-Learning dan Mobile Learning. Pembentangan yang disampaikan telah menarik minat kami semua untuk mendengarnya. Apa yang dapat saya simpulkan ialah E-Learning dan Mobile Learning merupakan satu kaedah yang membantu kami untuk belajar dengan lebih mudah dan dapat menjimatkan masa, yang penting mestilah mempunyai jaringan internet. Pembentangan diakhiri dengan sesi soal jawab antara sesama pelajar. Selepas itu, Cik Mazalah memberi arahan kepada kami semua untuk menyambung semula laporan penyelidikan pada minggu lepas. Pada kali ini, kami dikehendaki untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Data-data tersebut boleh diterjemahkan dalam bentuk carta bar, graf ataupun carta pai mengikut kesesuaian soalan tersebut. Kumpulan kami memilih carta bar untuk memudahkan kaedah menganalisis data. Kelas pada minggu ini tamat lebih awal, kerana segala persoalan boleh ditanya pada hari dan waktu yang lain melalui whatsapp ataupun facebook. Itu sahaja daripada saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.
|
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE - 12
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi ini lagi. Pada minggu ini tibalah masa kumpulan saya untuk melakukan pembentangan. Kami berasa teruja namun, pada masa yang sedikit gemenbtar memandangkan kami adalah kumpulan yang terakhir. Sudah pasti menjadi tumpuan kerana kami telah mendengar segala komen dan penambahbaikan daripada kawan-kawan dan juga Cik Mazalah. Tajuk pembentangan kami pada minggu ini ialah kemahiran berfikir dalam ICT. Apa yang dapat saya kongsikan adalah kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu berfikir secara kreatif dan kritis. Terdapat beberapa perkara yang kami boleh perbaiki lagi terutamanya dari sudut penyampaian dan juga pemahaman terhadap tajuk yang dibentangkan. Apa-apapun kami berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan. Terdapat juga sesi soal jawab antara saya dan rakan-rakan. Ianya benar-benar menguji kefahaman kami untuk menjawab soalan tersebut. Selepas sesi pembentangan selesai kami diberi tugasan yang terakhir iaitu membuat video berdasarkan tajuk yang telah kami peroleh pada tugasan yang ketiga dahulu. Kami diberi kebebasan sama ada mahu menggunakan aplikasi Movie Maker, Powtoon dan sebagainya. Yang pasti hasilnya nanti dapat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya. Cik Mazalah juga menerangkan serba sedikit mengenai Powtoon dan beliau memberi arahan kepada kami supaya melihat tutorial terlebih dahulu sebelum membina video. Saya berasa seronok kerana ini merupakan kali pertama saya membuka Powtoon dan melihat sendiri cara pembikinannya. Kami telah meminta kebenaran daripada Cik Mazalah untuk keluar kelas lebih awal daripada biasa kerana terdapat aktiviti lain yang kami terpaksa sertai. Cik Mazalah begitu baik hati dan beliau membenarkan kami untuk pulang lebih awal. Terim kasih Cik Mazalah. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada minggu ini. Sekian, Terima kasih.
REFLEKSI DIRI : MINGGU KE - 13
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Minggu ini tiada kelas yang berlangsung secara formal. Kami cuma diberikan tugasan untuk melakukan pernerbitan video sahaja. Video ini adalah berdasarkan tajuk yang telah kami dapat sebelum ini. Bagi memastikan kami sudah faham tentang cara penerbitan video ini Cik Mazalah telah menyediakan beberapa soalan untuk kami jawab antaranya adalah :
Bagaimana anda dan rakan kumpulan membuat analisis untuk mentafsirkan kehendak tugasan?
Kami telah berbincang sesama sendiri dengan apa kehendak tugasan. Selain itu, kami juga ada bertanyakan kepada Cik Mazalah tentang tugasan pada kali ini. Tugasan ini boleh dikatakan sebagai tugasan terakhir kami dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Kami dikehendaki untuk membina satu video yang merangkumi segala maklumat mengenai tajuk Kemahiran Berfikir Dalam ICT.
Bagaimana anda dan rakan kumpulan merangka pelan tindakan (aktiviti) pelaksanaan tugasan?
Bagi menyiapkan tugasan pada kali ini, kami telah bersetuju untuk menggunakan Powtoon sebagai landasan utama dalam penerbitan video. Kami juga telah menonton video tutorial unutk membina video menggunakan Powtoon. Setiap daripada kami haruslah berkongsi apa jua maklumat yang mereka peroleh semasa melihat video tutorial tersebut.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan dan ceritakan bagaimana anda dan rakan dalam kumpulan
menyelesaikan masalah tersebut?
Apa yang dapat disimpulkan mengenai masalah yang kami hadapi lebih kepada kelemahan kami sendiri dalam menggunakan Powtoon itu sendiri. Memandangkan ini merupakan kali pertama kami menggunakan aplikasi ini. Pelbagai persoalan mula timbul apabila kami membina video antaranya bagaimana cara untuk meletakkan muzik, audio dan sebagainya. Kawan-kawan begitu banyak membantu kerana ilmu jika dikongsi akan lebih bertambah. Dari situ dapatlah kami pelajari bahawa ingin membina sesuatu video ini bukanlah tugas yang mudah lebih-lebih lagi jika tiada pengalaman dalam menggunakannya.
Apakah perasaan anda sebelum, semasa dan selepas menyelesaikan tugasan?
Apa yang dapat saya rasakan apabila kali pertama mendengar tugasan ini adalah bingung. Apa yang terlintas dikepala saya ketika itu adalah adakah kami perlu berlakon? Tetapi ternyata andaian saya salah. Kami boleh menggunakan apa jua cara dalam menghasilkan video ini antaranya penggunaan Movie Maker dan Powtoon. Semasa menyiapkan tugasan ini saya berasa begitu letih kerana terpaksa menghadap komputer begitu lama dan kepala juga menjadi pening disebabkan saya mempunyai masalah silau mata yang tinggi. Namun, tugasan yang diberikan pada kali ini begitu menarik minat saya sehingga membuatkan saya sanggup ketepikan segala masalah yang dihadapi. Saya telah mengulang-ulang video yang kami hasilkan berkali-kali bagi memastikan mendapat hasil yang memuaskan. Apa yang saya harapkan selepas menyelesaikan tugasan ini adalah setiap orang yang menonton video kumpulan kami ini akan dapat maklumat yang baru di samping berpuas hati dengan hasil kerja kami.
Adakah anda dan rakan kumpulan berpuas hati dengan hasil tugasan anda? Adakah kumpulan anda telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya? Berapa peratus tahap keyakinan bahawa kumpulan anda telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah disiapkan pada kali ini. Setiap permasalahan yang timbul juga dapat kami atasi dengan begitu baik. Kami bersetuju untuk mengatakan bahawa tugasan ini berjaya kami laksanakan. Saya juga yakin 100% dengan video kami ini. Saya ada melampirkan video kumpulan pada ruang Task 7.
Kami juga diberi peluang untuk menyiapkan segala tugasan yang tertangguh. Pelajar kelihatan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan tersebut memandangkan pada minggu hadapan adalah tarikh akhir sesi pembelajaran, Jika kerja ini siap lebih awal maka ianya tidak akan menganggu waktu kami untuk mengulangkaji pelajaran. Kerja juga tidak akan menjadi beban kerana jika saya melakukan kerja secara tergesa-gesa hasilnya nanti sudah pasti tidak dapat memuaskan hati saya. Perkara ini seperti melepaskan batok di tangga sahaja. Pelajar juga boleh menggunakan masa ini untuk bertanyakan apa jua soalan berkaitan ICT yang menjadi tanda tanya selama ini. Ada juga di antara kami yang hanya melayari internet, mungkin mereka sedang mencari ilham untuk mencantikkan weebly masing-masing. Cuma kedengaran beberapa suara sahaja kerana yang lain sudah tenggelam dengan dunia mereka sendiri, huhuhu. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran ini. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI DIRI : MINGGU KE -14
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dapat lagi kita bertemu pada kali ini. Ini merupakan minggu terakhir pembelajaran bagi setiap pelajar. Kami semua tidak sabar untuk mempersembahkan video kami kepada kawan-kawan sekelas. Kami telah diberikan beberapa soalan untuk menguji tahap kemahiran kami semasa menjalankan kajian ini antaranya adalah :
Bagaimana anda dan rakan kumpulan membuat analisis untuk mentafsirkan kehendak tugasan?
Kami melakukan sesi soal jawab terhadap sesama ahli kumpulan tentang apa yang mereka faham mengenai tugasan pada kali ini. Kami telah bersetuju bahawa tugasan pada kali ini mengkehendaki kami menulis laporan berkaitan tajuk kajian dan melakukan pembentangan video. Cik Mazalah juga ada menerangkan serba sedikit mengenai tugasan yang perlu kam lakukan pada kali ini.
Bagaimana anda dan rakan kumpulan merangka pelan tindakan (aktiviti) pelaksanaan tugasan?
Setiap daripada kami dikehendaki untuk melakukan kerja masing-masing. Saya ditugaskan untuk melihat hasil akhir bagi kedua-dua tugasan. Manakala Ashikin pula lebih kepada membina Powtoon dan Hamimi pula akan melihat semula laporan berkaitan tajuk kajian. Walaupun kami telah membahagikan tugas masing-masing ini tidak bermakna kami tidak bersatu-padu dalam menyiapkan tugasan. Setiap ahli hendaklah mengambil tahu serba sedikit mengenai perkembangan setiap tugasan.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan dan ceritakan bagaimana anda dan rakan dalam kumpulan
menyelesaikan masalah tersebut?
Memandangkan ini merupakan minggu terakhir pengajaran dan pembelajaran akan diadakan maka, setiap daripada kami sedar akan kesuntukan masa. Kami hendaklah pandai membahagikan masa kerana jika orang lain boleh melakukannya kenapa tidak kami. Setiap masa yang terluang akan kami gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun tugasan untuk menyiapkan laporan tugasan mengambil masa yang lama kami tetap komited dalam menyiapkannya.
Apakah perasaan anda sebelum, semasa dan selepas menyelesaikan tugasan?
Tipulah kalau saya tidak berasa apa-apa semasa mendengar tugasan ini. Saya mengaku yang saya berasa sedikit terbeban apabila terdapat lagi tugasan yang tidak disiapkan. Namun, inilah yang dikatakan sebagai lumrah seorang pelajar. Jika tidak ada cabaran, hidup akan menjadi sunyi sahaja. Semasa melakukan laporan ini, setiap ahli hanya perlu merujuk kembali contoh laporan penyelidikan yang telah kami siapkan dahulu. Tidak banyak yang perlu dilakukan kami hanya perlu menambah baik tugasan pada kali ini. Saya berasa begitu gembira dan lega sekali apabila segala tugasan bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini telah siap sepenuhnya. Sudah tidak ada lagi bebanan dalam kursus ini. Apa yang perlu kami lakukan hanyalah mengulang kaji bagi melengkapkan lagi persiapan kami sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Adakah anda dan rakan kumpulan berpuas hati dengan hasil tugasan anda? Adakah kumpulan anda telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya? Berapa peratus tahap keyakinan bahawa kumpulan anda telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Kami begitu berpuas hati dengan hasil yang kami lakukan. Setiap titik peluh kami adalah ikhlas semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang ini. Setiap komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan juga haruslah diberikan pujian. Mereka sentiasa ada bersama-sama saya sepanjang 14 minggu kita bersama. Saya juga yakin 100% bahawa kumpulan kami telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Cik Mazalah yang telah begitu banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam kursus ini. Semoga ALLAH membalas jasa beliau dengan sebaik-baiknya. Buat rakan-rakan sekelas anda merupakan penolong yang sentiasa ada dalam memberikan saya semangat dan membantu saya ketika jatuh. Setiap pengorbanan anda tidak dapat saya balas. Saya harap kita semua dapat mengaplikasikan segala kemahiran yang telah diajar dengan sebaik-baiknya dan mampu untuk mengajar orang lain cara untuk menggunakannya. Segala apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.